
SELAMAT DATANG KE WEBSITE KAMPUNG PELONG

Sekapur Sireh
Kata-kata aluan
Pengerusi J3K Kampung Pelong
Assalamualaikum W.B.T
Segala puji dan syukur kehadrat Allah S.W.T dan setinggi-tinggi ucapan selawat keatas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada ahli jawatankuasa serta penduduk Kampung Pelong yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui kepimpinan kampung ini.
Saya yakin dan percaya dengan berkat kerjasama daripada ahli-ahli J3K dan penduduk Kampung, kejayaan akan menjadi milik kita. Dengan kejayaan yang diperolehi kita dapat membuktikan pada umum bahawa kita mampu bersaing dan menjayakan sesuatu aktiviti tanpa rasa rendah diri, sebaliknya menyahut cabaran dengan semangat yang jitu.
Walaubagaimanapun, segala usaha yang dibuat bagi menceriakan kampung untuk memastikan Kampung Pelong ini setanding dengan kampung yang maju dalam segala aspek.
Sekian Terima Kasih
“RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
“KAMPUNG KITA TANGGUNGJAWAB KITA”
(HJ ABDUL RAHMAN BIN ABU BAKAR)
Pengerusi J3K Kampung Pelong.